May 21, 2012

Cantik


 
Dah jadi lumrah alam..semua girl ka wanita ka..semua nak cantik..rite???.....Sekarang nie sapa yang cantik? Mesti ckap artis cantik ..nak jadi cam tu cam ni.....kan???
Kalau Bollywood mesti cakap Aishwarya Rai yang cantik...sebb mata dia....kan???semua nak cam tuh...semua g beli lens nak jadi mata kucing lah,mata burung hantu la..apa2 lah.......
Di Hollywood lak Scarlett Johansson yang cantik..tapi di Malaysia mungkin orang cakap  Maya Karin yang cantik......
So...sekarang cik honey nak cakap..PERLUKAH CANTIK NI??
Bapa ari lepas ada budak ni tanya cik honey...

GIRL:Akak pakai lens ey..cantik mata akak.....beli kat mana?
CIK HONEY:Tak pakai lens pun...natural....
GIRL: Cantik...Nak beli warna lens cam warna mata akak...

Adik tadi tuh ok lagi..tapi ada kawan cik honey pi cucuk COLLAGEN.....memang lah collagen tuh baik tapi korang tau ada bahan kimia yang terkandung jugak dalam collagen tuh..n korang kena cucuk berkali2 tuk kekal cantik....sebenarnya tak perlu pun.....
Sebab tuh lelaki memang agak kurang senang ddengan kaum wanita ni..menghabiskan duit untuk beli barang2 itu dan ini.....nak beli..beli la tapi biar lah berpada2...
kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik. Mana lelaki tak pening..hahahaha

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi cik honey tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.



Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.

Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Cik Honey juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.


Dulu sewaktu kecil, cik honey pun suka jugak duk match2 baju nie dengan seluar nie skirt nie.sebab suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, cik honey bukan perempuan yang obses cantik,pada cik honey, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  

Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, korang semua akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.


Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.


 So sekarang nie..nak kekal cantik tak susah..mama cik honey cakap..senyum selalu..jadi la awet muda buka AWEKS MUDA..hehehehe...

bai2.....