Dec 11, 2011

Demam "Ombak Rindu"

 
Sekarang nie semua demam Ombak Rindu..hahaha...G mana pun mesti dengar soundtrack OMBAK RINDU.....dalam bilik cik honey pun...especially my fwen..asyik dok buka lagu ombak rindu..hahaha
Memang virus lah OMBAK RINDU nie..tak kira di mana jua..bukan setakat digi..tapi twitter,facebook..n bla..bla.....hahahaha
 
Sinopsis Filem Ombak Rindu
 
 Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Umie Aida.

Ni antara pix sepanjang shooting ombak rindu....




 
Diorang kata citer nie best..tapi mlang nya cik honey tak dpat tgok...coz kat tmpat cik honey study tak dak tmpat wayang...so..tunggu je lah cd ...huhuhuhu..:-(..mana tak nya...filem ni tak best.......pengarang novel dia pun best..tmbah2 barisan pelakon meletop yang berlakon....memang best la....

Barisan pelakon Ombak Rindu




 
Aper pun saper da tgok citer nie...kongsi2 lah ngn cik honey...ok..
Bye..




No comments:

Post a Comment